Thursday, 29 March 2012

Kata Siapa Yang Sering Kita Ikut?

Kata Siapa Yang Sering Kita Ikut?

••► Manusia - Eh, dah subuh dah?
••► Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola...t subuh mu 
••► Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz 

••► Manusia - Nak makan, laparlah ..
••► Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
••► Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

••► Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
••► Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
••► Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

••► Manusia - Alamak, dah lewat!
••► Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
••► Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

••► Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
••► Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
••► Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

••► Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
••► Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
••► Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

••► Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
••► Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
••► Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

••► Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
••► Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
••► Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

••► Manusia - Aku telah berdosa..
••► Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha
Pengampun.
••► Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda
lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

••► Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
••► Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
••► Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

••► Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
••► Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
••► Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

••► 1. Anda – Patut ke aku sorang saja yang baca di sini ??
••► 2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
••► 3. Syaitan - Tak payahlah sibuk-sibuk nak share..biar je.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

No comments:

Post a Comment