Thursday, 29 March 2012

picture yg mengingatkan aku kat seseorang


Gambar ni menjadi pengubat aku bila teringat kat dia... bila on9 fb comfirm aku akn tgk wall tuan punya pic ni... aku suka akhlaknya baik hatinya itu... susah nk bertemu gadis yg sebaik itu... walaupun aku x mungkin akan dapat dia, xpe.. yang pasti aku akn sentiasa doakan dia supaya dia happy selalu...haha kadang2 rasa bertepuk sebelah tangan pon ada...hahaha walaupon begitu aku tetap akan menjadi kawan dia selamanya walaupun dia x balas msj aku dah lama dh... maklum lah, dia ckap dia jarang mesej org laki, samaada dia bohong ke apa, aku tetap yakin yg dia x tipu aku... :-)

hari-hari terakhir di arau utk sem ni..

hari ini adalah hari terakhir aku di RPA arau, utk semester ni... sem depan aku harap dapat la practical kat terengganu, harap2 boleh la lulus sume subjek pada semester ni... utk rumah di RPA ni, aku terasa sayang utk meninggalkannya kerana aku yg paling lama duk di rumah ini n uruskan kutipan sewa n pgg duit rumah, saat pegang duit rumah tu, aku harus tetapkan hati utk amanah n jujur dalam tugas aku sebagai ketua rumah... Alhamdulillah, aku  dapat menjalankan amanah itu... so lepas ni tugas sir Fazly pulak... hari terakhir ni jugak yg paling banyak kerja, kena post motor la, post buku la utk balik ke kg... pastu kena jumpe en. nadzari dulu utk setelkan pasal praktikal... mmg letih ar nnt...

Kata Siapa Yang Sering Kita Ikut?

Kata Siapa Yang Sering Kita Ikut?

••► Manusia - Eh, dah subuh dah?
••► Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola...t subuh mu 
••► Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz 

••► Manusia - Nak makan, laparlah ..
••► Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
••► Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

••► Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
••► Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
••► Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

••► Manusia - Alamak, dah lewat!
••► Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
••► Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

••► Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
••► Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
••► Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

••► Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
••► Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
••► Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

••► Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
••► Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
••► Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

••► Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
••► Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
••► Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

••► Manusia - Aku telah berdosa..
••► Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha
Pengampun.
••► Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda
lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

••► Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
••► Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
••► Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

••► Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
••► Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
••► Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

••► 1. Anda – Patut ke aku sorang saja yang baca di sini ??
••► 2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
••► 3. Syaitan - Tak payahlah sibuk-sibuk nak share..biar je.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Monday, 26 March 2012

Doa Dhuha


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

solat maghrib

azan dah berkumandang di bumi arau, jom solat berjemaah....